Pages

Wanita

Jika engkau tanya padaku
Apakah senjata wanita yang
paling
bahaya?

Pasti ku katakan
MATA

Kenapa matanya?

Kerana kerlingannya
Membuai perasaan
Kerana lirikannya
Terlalu mengasyikkan
Kerana renungannya
Sungguh melalaikan
Apatah lagi air matanya

Ahhhh usah dikatakan!

Ketahuilah wanita,
Jika engkau solehah
Engkaulah sebaik-baik perhiasan
dunia

Oleh itu tundukkan lah
pandanganmu itu!

Terutama pandangan yang ada
maksud
tersirat
Pandangan yang cukup menjerat
Membawa ke lembah maksiat


Apa adakah lagi yang bahaya
selain
matanya?



Ada!

Apa dia?

MULUT

Kenapa mulutnya?

Kerana kuntuman senyumannya
Menggegarkan iman
Kemerduan suara darinya
Melemahkan fikiran
Ketawa manja darinya
Terlalu menghiburkan
Pujuk rayu darinya
Sungguh mencairkan
Belum lagi umpatan darinya
Habis pahala bertaburan!


Oleh itu wahai wanita
Jika benar syurga itu impianmu


Peliharalah mulutmu itu!
Berhentikanlah umpatanmu itu!


Sucikanlah perkataanmu
Perbanyakkanlah zikirmu
Sesungguhnya
Itulah yang lebih baik buatmu

Untuk ku dan dirimu,
inshaa Allah

No comments:

Post a Comment